top of page

Bayern vs Barca : Percubaan Pertama untuk Xavi!


FC Barcelona akan bertemu Bayern Munich pagi nanti dengan harapan untuk mengekalkan rekod tanpa kalah mereka musim ini. Skuad Xavi menerima suntikan pemain-pemain baru musim panas lalu, dan kini kembali sebagai kelab yang harus digeruni. Fokus utama perlawanan ini adalah Robert Lewandowski, yang berhijrah dari Bayern ke Barca musim ini, dan sangat cemerlang setakat ini dengan 9 gol dan 2 assist dalam 6 perlawanan!


Setelah menang menentang Inter Milan minggu lepas, Bayern Munich adalah calon utama untuk layak ke peringkat seterusnya, memandangkan Bayern pastinya tidak akan kehilangan mata menentang Viktoria Plzen. Satu lagi tempat kelayakan adalah untuk direbut antara Inter Milan dan Barcelona. Jika Barca menang di Munich pagi nanti, ini pasti akan mengubah kedudukan "Group of Death" ini , dan mengoyah kedudukan Bayern Munich dalam kumpulan.

Berita Pasukan


Barca ke Bavaria dengan skuad penuh, tanpa sebarang keederaan. Sesuatu yang sangat jarang berlaku untuk Barcelona sejak semenjak ini. Tambahan pula, Xavi telah merehatkan pemain-pemain utama dalam dua perlawanan lepas, menentang Victoria Plzen dan Cadiz. Barca akan memberi persembahan terbaik mereka dan ini sepatutnya merisaukan Bayern Munich.


Apa yang menarik musim ini untuk Barca adalah "squad depth". Biarpun untuk perlawan sebesar ini, Xavi masih ada ruang untuk memilih pemain berdasarkan taktiknya. Bukan seperti sebelum ini, dimana kita pasti sudah tahun kesebelasan utama, yang sangat mudah diteka. Beberapa pilihan harus dibuat oleh Xavi untuk kesebelasan utama. Kounde di bek kanan, atau Araujo? Balde ataupun Jordi Alba? Gavi atau De Jong? Namun apa yang pasti adalah Lewa, Dembele & Rapinha di hadapan.


"Banyak telah berubah sejak kali terakhir kami menentang Bayern, terutamanya mentaliti. Kami bersedia bermain dan mengubah sejarah" - Xavi (Jurulatih Barca)

Bayern Munich pula kehilangan Kingsley Coman pada kecederaan ligamen selama 2 minggu. Coman cemerlang setakat ini di sayap kanan dengan 1 gol dan 3 assist setakat ini. Tempatnya hampir pasti di-isi oleh Jamal Musiala, pemain muda berumur 19 tahun yang sangat cemerlang musim ini. Ini sebenarnya agak merisaukan untuk Barca, kerana Xavi harus membuat percaturan di bahagian bek kiri Barca untuk mengekang Musiala. Samada memberikan peluang kepada Alejandro Balde yang cemerlang setakat ini, atau memberi kepercayaan kepada pengalaman Jordi Alba.


Apa yang boleh diharapkan pagi nanti?


Dari segi taktikal, gaya permainan Barca dan Bayern adalah sangat berbeza, dan pertembungan ini akan menghasilkan perlawanan yang menarik. Kedua-dua pasukan memiliki gaya permainan yang mengeksploitasi kelemahan masing-masing.


  • Pressing

Bayern dan Barca memiliki gaya pressing yang berbeza, dimana Bayern memiliki kelebihan intensiti dan koordinasi pasukan yang sangat baik. Bayern akan sering cuba untuk merampas bola apabila Barca menguasai bola berdekatan gol sendiri dengan tidak membenarkan Barca keluar dari tempat sendiri. Barca pula pressing secara individu dengan man-marking menutup ruang. Disinilah pertembungan fizikal akan menjadi sangat penting, dan antara sebab Gavi akan diturunkan dan bukannya Frenkie de Jong.

  • Arah Serangan

Bayern memberi tumpuan untuk membina serangan melalui tengah dengan menggunakan Kimmich. Serangan mereka sentiasa bermula dari tengah. Ini berbeza dengan Barca, yang memberi tumpuan kepada bahagian sayap. Barca sentiasa melihat untuk mencari ruang di bahagian sayap.

  • Barisan Pertahanan

Bayern selalunya bermain "high line" dan meninggalkan ruangan yang banyak dia belakang pertahanan ketika menyerang. Dengan kedua-dua bek mereka sering menyertai serangan, Bayern cenderung untuk meninggalkan ruangan counter attack yang selesa untuk Barca. Barca cenderung untuk menyerang melalui sayap, dan memiliki kebolehan dan kepantasan counter attack melalui pemain tangkas seperti Dembele dan Rapinha. Bayern juga adalah pasukan yang sangat "narrow" ketika bertahan, dan ini meninggalkan ruang yang banyak disayap, sesuatu yang akan digemari oleh Dembele dan Rapinha.

  • Kimmich vs Pedri & Muller vs Busquets

Perlawanan akan ditentukan dalam pertembungan Kimmich vs Pedri dan Muller & Busquets. Dari segi pertahanan Barca, Pedri harus menyekat Kimmich dengan menutup "passing lane" untuk Kimmich beroperasi dengan tenang. Ini akan sekurang-kurangnya memperlahankan rentak permainan Bayern. Dari segi serangan pula, Barca harus mempergunakan Busquets sepenuhnya untuk melepaskan diri dari pressing Bayern. Adalah sangat penting untuk tidak termakan pressing Bayern.

  • Mobiliti Muller dan Mane

Walaupun Davies, Sane dan Musiala adalah berbahaya di serangan, kelebihan sebenar Bayern adalah pada Mane dan Muller. Kedua-dua mereka adalah pakar dalam mencari ruangan dan menyebabkan kucar-kacir dalam pertahanan Barca. Pergerakan meraka sukar diramal, dan Araujo dan Eric harus tidak terikut-ikut pergerakan mereka dan meninggalkan ruang di pertahanan untuk Bayern eksploitasi.


Kesimpulan

Kemenagan untuk Barca kali ini akan menentukan masa depan Barca musim ini. Jika kalah besar, ini akan memulakan panik dan seterusnya mengacau perkembangan Barca. Jika kalah tipis, tidak mengapa, kerana skuad ini masih di permulaan era. Jika menang, ini akan memberi keyakinan bahawa Barca sudah kembali sebagai kuasa besar bola sepak eropah. Apa ramalan anda?


Ramalan Bayern vs Barca?

  • Bayern menang lebih dari 2 gol

  • Bayern menang kurang dari 3 gol

  • Seri

  • Barca menang kurang dari 3 gol




 
 
 

Comments


©2020 by FC Barcelona Malaysia. Proudly created with Wix.com

bottom of page