Bayern 2 - 0 Barca : Kerana Nila 4 minit, rosak susu 90 minit.
- CougaR10
- Sep 15, 2022
- 4 min read
Walaupun dimainkan 90 minit, bola sepak ditentukan oleh perubahan yang berlaku sekelip mata, kadang sebelum sempat mengelip mata. Barca hadir di Munich, dan menggegar Allianz Arena untuk 45 minit pertama, dan juga 5 minit awal separuh masa kedua. Namun apa yang berlaku sekelip mata dari sepakan sudut mengubah arah tuju keputusan. Sebelum sempat Barca sedar dari kejutan, Bayern meledak sekali lagi dengan satu lagi gol, dalam masa 4 minit.
Ketika Xavi bertemu Bayern November lepas, Xavi memberitahu pemain ada masa rehat bahawa, "Kamu semua tidak faham apa erti bermain untuk Barca". Marah ketika itu kerana Barca nampak tiada tandingan untuk Bayern waktu itu. Kali ini, di waktu rehat, Xavi berpesan kepada peman, " Moral victory tidak penting, 3 mata yang penting". Itulah perjalanan Barca dari November lepas hingga ke kini. Dari sekumpulan pemain yang tidak layak digelar pemain Barca, menjadi sekumpulan pemain yang gah melawan sebuah pasukan yang digeruni Eropah, di laman mereka sendiri.

Dari segi kesebelasan utama, Xavi menurunkan kesebelasan terbaik dengan pilihan yang bernas. Christensen dan Alonso masuk menggantikan Eric dan Balde/Alba kerana pengalaman mereka bermain perlawanan seperti ini. Gavi dipilih kerana kebolehannya pressing tanpa penat. Rapinha dan Dembele, pemain sayap terbaik setakat ini untuk mencipta ruang untuk Lewandowski.
Dan secara taktikal, ianya berkesan. Tamat separuh masa pertama, Barca merekodkan xG 0.81, dimana Bayern Munich hanya 0.32
Pertahanan Barca

Barca bertahan dengan formasi 4-4-2. Gavi menyertai Lewandowski untuk memboleh Barca pressing kedua-dua pertahanan tengah bayern, Upamencano dan Luis Hernandez. Pressing Barca sungguh berkesan, sehingga Bayern terpaksa menarik barisan pertahanan mereka bermain lebih bawah di tempat sendiri , dan mengekang full back Bayern dari berada di posisi lebih mudah untuk menyertai serangan. Pedri dan Busquet menjaga Kimich dan Sabitzer bagi menghalang Bayern membuat hantaran ke bahagian tengah. Seperti yang diceritakan di artikel Preview sebelum ini, Bayern memulakan serangan meraka dari tengah. Menghalang Kimich dan Sabitzer beroperasi bermakna, Barca berjaya mengacau modus operandi Bayern.
Namun begitu, taktik press sebegini datang dengan risikonya tersendiri. Apabila Busquet bergerak mejaga Sabitzer, ini meninggalkan Musiala atau Muller tidak dijaga. Barca yakin bahawa mereka mampu menghalang passing lane ke tengah, maka mereka mengambil risiko untuk meninggalkan Musiala/Muller tidak terjaga. Dan ia ternyata berkesan. Sepanjang separuh masa pertama, Barca nampak sentiasa bersedia untuk merampas bola, biarpun kadang Bayern terlepas dari pressing.
Gavi dan Busquet adalah dua pemain terbaik Barca ketika bertahan. Gavi sungguh cemerlang melakukan pressing , menutup ruangan hantaran untuk Bayern , dan sentiasa di tempat yang tepat untuk meletakkan tekanan kepada pemain Bayern apabila mereka terlepas dari pressing. Contoh seperti dibawah, dimana Gavi merampas bola dari Kimmich di masa Bayern berasa selesa meguasai bola. Rampasan ini meledak Lewandowsi untuk counter attack, namun malang sekali kelajuan Davies berjaya menghalang final pass dari Lewandowsi ke Rapinha.

Serangan Barca

Barca bermain seakan 2-5-3 ketika menyerang. Gavi menjadi midfield runner yang membuka ruang untuk Rapinha. Larian Gavi membuka ruang antara Upamencano dan Hernandez untuk Lewandowski beroperasi. Dembele pula sebagai outlet untuk counter attack di kiri. Namun kebanyakkan serangan Barca adalah di sayap kanan, kerana pergerakkan Kounde-Gavi-Rapinha mencipta ruang.
Manakala di bahagian kanan, Pedri menjadi pemain kreatif utama. Kawalan bola dan pergerakkan Pedri ketika menguasai bola memberikan Barca kelebihan ketika menyerang di bahagian kanan. Bayern adalah pihak lawan yang sangat agresif, dan tidak memberikan masa untuk kita memegang bola lebih lama. Namun kelebihan teknikal Pedri jelas kelihatan disini, kerana mampu menerima pressing Bayern secara mudah tanpa kehilangan bola. Jika Barca menang pagi itu, Pedri semestinya pemain terbaik perlawanan itu.
Bagaimana Bayern boleh menang?
Pertamanya, Bayern menang kerana Barca gagal menjaringkan gol. Walaupun dengan kelebihan secara taktikal, apa yang memenangi perlawanan adalah keputusan yang dibuat pemain di final third. Dembele dan Rapinha diberi tugas untuk megelecek ke ruang yang ditinggalkan kosong oleh Bayern. Namun kedua-dua mereka sangkut dan tidak berupaya mencipta peluang jaringan yang lebih banyak. Dan beberapa peluang yang tercipta pun, disia-siakan dengan penyudah yang tumpul. Kritikan terbesar memang harus diberikan kepada Lewandowski, kerana beliau dibeli untuk tujuan menjaringkan gol. Namun tidak bole dilupakan, Pedri dan Rapinha juga mensia-siakan peluang terhidang.
Keduanya adalah taktikal Barca yang mengambil risiko. Seperti yang disebut di atas, pressing Barca meninggalkan ruang untuk Musiala dan Muller. Inilah yang berlaku di gol kedua Bayern. Mungkin Barca masih dalam kejutan dan tidak dapat fokus. Musiala menerima bola dengan mudah,dan mengumpan bola tersebut ke Sane. Disini nampak kedudukan Barca tidak bersedia menerima serangan, tidak seperti apa yang kita lakukan di separuh masa kedua. Kounde terlalu jauh dari Araujo, Araujo pula terlalu dekat denga Christensen. Sane bijak melakukan larian ke ruang tersebut. Bila diatas padang, pemain harus memberi fokus sepenuhnya, harus sentiasa memastikan kedudukan walaupun terpaksa korek hidung sementara.
Dan akhirnya, yang mengubah arah perlawanan adalah gol pertama dari sepakan sudut. Ianya dijangka, dalam banyak perlawanan, gol macam inilah yang akan Barca bolos. Barca harus berlatih bertahan sepakan sudut, dan Barca juga harus berlatih lebih efektif ketika menyerang melalui sepakan sudut. Mengapa pasukan lain boleh menjaringkan gol sepakan sudut, namun kita langsung tidak mampu buat apa-apa yang berbahaya dari 4 sepakan sudut yang diterima.
Kesimpulan
Bayern bijak mempergunakan kekurangan Barca untuk memperoleh 3 mata. Kita kalah, namun bila dilihat perlawanan ini secara penuh, kita memang lebih baik. Mungkin ada beberapa page troll yang mengejek kekalahan Barca kali ini, namun kita tidak ada untuk dimalukan. Kita tidak perlu masuk gua. Hanya yang menonton perlawanan penuh tahu bahawanya Barca lebih baik dari Bayern pagi itu. Biarkan mereka melihat highlight atau keputusan di livescore sahaja gembira sehingga kita bertemu pasukan mereka pula. Cuma diharapkan Barca menjadi lebih matang dari kekalahan ini. Kita di track yang betul
Visca Barca!
Visco FCBM!
Comments