Barca 3-3 Inter : Lemas di Group of Death
- CougaR10
- Oct 13, 2022
- 3 min read
Apabila cabutan peringkat kumpulan diumumkan, kita tahu bahawa Barca vs Inter akan menjadi penentuan siapa akan layak ke pusingan seterusnya. Seperti dijangkakan, Barca dan Inter kedua-duanya kalah menentang Bayern dan menang menentang Viktoria Plzen. Apa yang perlu dilakukan Barca hanyalah menang Head to Head menentang Inter dalam kumpulan ini untuk layak. Apa yang berlaku adalah sebaliknya.

INTERNATIONAL BREAK DAN KECEDERAAN
Barca dibawah kendalian Xavi telah berbelanja besar musim ini dan oleh itu dibebankan oleh ekspetasi yang tinggi dari dunia bola sepak untuk menang semua perlawanan. Sehingga September, Xavi berada di landasan yang betul dengan beberapa siri persembahan yang memberansangkan, antara menentang Bayern. Walaupun kalah, Xavi mendapat pujian untuk dominasi yang ditampilkan di Allianz Arena. Namun setibanya International Break, pemain meninggalkan Barca untuk ke negara masing-masing, dan dipulangkan semula dengan kondisi yang teruk.
Antara yang cedera adalah Kounde, Araujo, De Jong, Memphis dan Bellerin. Ini ditambah pula kecederaan kepada Christensen pada pertemuan pertama Inter vs Barca. Skuad Barca, terutamanya pertahanan hampir semuanya cedera. Ini meninggalkan Xavi untuk menurunkan 3 bek kiri dalam kesebelasan utama menentang Celta Vigo minggu lepas. Barca yang sebenarnya dipuji untuk memiliki skuad depth yang baik musim ini, diuji apabila semua pemain utama di pertahanan cedera secara berkumpulan.
Ini juga menyebabkan Xavi terpaksa bermain 4 perlawanan selang setiap 3 hari dengan pemain pertahanan yang kurang dan tidak mudah untuk merehatkan mereka. Tambah pula apabila perlawanan tersebut adalah menentang Inter Milan dan Celta Vigo. Alangkah baiknya jika Vikoria Plzen dan Elche yang dijadualkan bulan Oktober.
KUDA-KUDA TUA TIDAK BERLARI GAGAH BERANI

Akhirnya Xavi terpaksa menurunkan pemain-pemain veteran yang bukan lagi pemain harapan dalam skuad. Pique yang tidak banyak minit bermain musim ini, dan juga sebenarnya tidak ada dalam perancangan Xavi dalam skuad musim ini, terpaksa diturunkan. Sergi Roberto yang disimpan hanya sebagai pemain gantian untuk tujuan rotation pemain juga diturunkan. Eric Garcia yang bukannya pemain pilihan utama dan sememangnya tersohor dengan kesilapan defensifnya turut terpaksa diturunkan.
Pemain-pemain ini bukanlah pemain yang teruk , jika teruk mereka tidak akan berada di Barca. Sebaliknya mereka adalah pemain pertahanan serba kekurangan, masing-masing dalam aspek tersendiri. Cuma menurunkan kesemua mereka sekaligus adalah seperti meminta bencana diturunkan secara sukarela. Namun apa pilihan lain yang Xavi ada? Mungkin Frenkie sebagai CB? Atau memilih dari La Masia untuk perlawanan sebesar ini?
Barca menjaringkan 3 gol dengan bermain dengan teruk. Ini adalah satu kenyataan yang memberansangkan kerana pasukan yang bagus boleh menjaringkan gol walaupun di hari yang serba tidak kena. Namun dengan pertahanan yang lopong, jaringan gol tidak ada nilai. Pique boleh disalahkan untuk gol pertama dan ketiga, manakala Eric Garcia disalahkan untuk gol kedua. Kessie yang masuk bermain bek kanan, satu posisi yang tidak pernah dimainkannya, juga boleh disalahkan untuk gol ketiga.
Kelibat Pique mengangkat kedua tangannya, memberi isyarat "no danger" pada gol pertama, adalah lucu dan menjengkelkan pada masa yang sama. 19 tahun bermain sebagai bek tengah, bagaimana Pique boleh hilang naluri asas seorang pertahanan, kerana kedudukannya bukan lari se-inci, kedudukannya jauh dari pertahanan lain dan sangat tidak masuk akal. Gol ketiga pula, Pique jauh diatas garisan tengah, membiarkan Lautaro Martinez onside dengan mudah. Bukan setakat itu, dengan usianya, Pique tidak dapat mengejar Lautaro. Dah tahu lembab, kenapa line tinggi sangat Pique?
BISKUT RAPUH SETIAP KALI DI CHAMPIONS LEAGUE
Saya antara orang yang bersetuju apabila Xavi berkata, Busquet sukar dicari ganti. Benar, apa yang mampu dibuatnya, tidak akan mampu ditiru oleh orang lain. Intelek Busquet adalah ditahap yang berbeza dari mana-mana bola sepak. Namun sukar difahami kenapa Busquet hanya hebat di La Liga. Bila berdepan pihak lawan di persada Eropah, Busquet sering hilang dari radar. Sama berlaku menentang Benfica dan Frankfurt musim lepas. Jika Barca ingin berjaya di Eropah, Barca harus mencari pemain yang berkualiti Eropah. Menurunkan jaguh kampung tidak sama sekali membantu dalam perlawanan seperti ini.
Dari segi taktikal, saya sedar bahawa Pedri, Gavi, malah Sergi Roberto ditempatkan agak tinggi berhampiran barisan pertahanan pihak lawan. Idea Xavi adalah untuk memaksa lebih banyak pergerakkan di final third. Ini secara tidak langsung menyebabkan Busquets terpencil tanpa sebarang sokongan di posisinya. Namun in ijuga membuka ruang lebih banyak untuk Busquet, yang bagi saya tidak dipergunakan sepenuhnya. Kehilangan bola untuk gol kedua itu pula, adalah sesuatu yang tidak akan berlaku pada Busquet bila bermain di Liga. Cuma bila ke Eropah, Busquet lebih cenderung membuat kesilapan sebegitu.
NASIB BARCA DI TANGAN VIKTORIA PLZEN


Dengan hanya 4 mata dari 4 perlawanan, dan kekalahan Head-to-Head menentang Inter, kesemua baki 6 mata tidak akan dapat membantu Barca. Inter hanya perlukan 3 mata sahaja lagi untuk layak ke peringkat kalah mati.
Mereka akan bertemu Viktoria Plzen minggu depan di San Siro. Viktoria Plzen yang bolos 16 gol setakat ini, malah kalah 2-0 di tempat sendiri menentang Inter sebelum ini. Perlawanan Inter vs Viktoria Plzen akan kick off lebih awal, 12:45 AM waktu Malaysia. Jika Inter menang perlawanan itu, Barca akan bermain perlawanan yang tidak bermakna di Camp Nou menentang Bayern Munich. Harapan yang tipis, namun saya masih mengharapkan keajaiban sehingga ke minit akhir.
Comments